Nuffnang

Wednesday, February 7, 2018

Cuti-cuti di laman Darwisyah Chalet, Sungai Udang

Assalamualaikum..

Semalam dengar kat tv, Ustazah Norhafizah Musa ingatkan untuk selalu berzikir. Jadi sebelum nak mula cerita jom kita berzikir dulu sama-sama.

Laillahaillallah.. 
Subhanallah.. 
Alhamdulillah.. 
Allahuakbar.. 
Lahaulawalaquwataillabillahillaliyiladzim..

Bismillahirahmanirrahim.. Okey kita sambung cerita.

Alhamdulillah.. hari sabtu lepas, kami seisi keluarga ke Sungai Udang bersama kesemua keluarga mertua. Gerak 3 kereta dari Bangi dalam pukul 12 tengah hari. Alhamdulillah.. perjalanan lancar. Lepas dah singgah isi minyak, singgah toilet semua dalam pukul 2 lebih kami sampai di Sungai Udang. Untuk hari sabtu dan ahad itu kami menginap di Laman Darwisyah Chalet. Kakak ipar yang buat booking semua. Pada mulanya macam tak dapat nak bercuti di situ. Sebab chalet yang baru 3 minggu dibuka itu sudah penuh dan tak cukup bilik untuk kami. Tapi Alhamdulillah.. Ada juga rezeki kami sekeluarga untuk menginap di situ. Kakak ipar dapat booking 2 family room dan 2 superior room. Alhamdulillah.. 4 bilik itu cukup untuk menempatkan kami yang seramai 20 orang. Terima kasih banyak buat kakak iparku yang menaja penginapan kami semua. Semoga terus dimurahkan rezeki hendaknya.. in shaa ALLAH.

Waktu kami sampai owner chalet yang ramah dah sedia menunggu kami. Sempatlah dia membawa kami meronda sekeliling chalet sebelum yang lain sampai. Bila yang lain dah sampai, dah buat payment dan dah dapat kuci bilik masing-masing, lepas dah keluarkan beg dari kereta terus siapkan tempat untuk lunch kat depan porch bilik. Susun meja untuk letak makanan dan bentang tikar. Bekalan makanan pun dibuka. Macam-macam yang emak mertua dan kakak iparkku bawa. Ada nasi impit, kuah kacang, sambal ayam, kuah lodeh, sandwich, karipap, lepat cendol dan buah-buahan. Aku cuma bawak pasta dan sambal ikan bilis saja. Kat kawasan tu berangin. Jadi seronok sangat makan-makan kat luar waktu tu. Owner chalet siap bagi beberapa biji buah kelapa untuk kami. Alhamdulillah.. dapatlah minum air kelapa fresh.

Chalet tu cuma ada 6 bilik sahaja. 4 bilik dah dipenuhi oleh kami sekeluarga. 2 bilik lagi disewa oleh orang dari sabah. Tapi lewat petang baru sampai. Malam dia orang keluar dan awal pagi dah check out. Jadi sepanjang petang dan malam itu hanya kami aje yang memenuhi kawasan tu he..he.. Jadi selesalah pergerakan kami sekeluarga. Lepas makan aje anak-anak terus mandi kolam. Kolamnya kecil tapi itupun dah buat anak-anak seronok. Kolamnya sedalam 3 kaki dan ada pancutan air. Jadi walaupun kecil kolamnya masih menarik untuk anak-anak. Berulang juga mandi kolam sepanjang dua hari kami berada di situ. Yang anak-anak dara pun seronok berendam sampai pukul sebelas malam. Rasa privacy sebab takde orang lain.

Petang tu hujan sekejap. Lepas tu cuaca terus cantik. Seronok aje nak lepak-lepak dan borak-borak ramai-ramai kat luar tu. Selalu aku suka tidur petang. Tapi kat situ masuk bilik pun tak rasa nak tidur. Lepak dan borak-borak sambil tengok anak-anak mandi kolam lagi best. Sebelum pergi kakak ipar dah plan nak buat BBQ dan nak celebrate birthday MIL. Kat situ memang ada disediakan tempat untuk BBQ. Kakak ipar perap kambing dan daging. Aku perap ayam dan sosej. Konon nak buat BBQ waktu malam. Tapi petang tu rasa macam nak terus aje bakar bbq. Sebab kat situ takde peti ais. Jadi takut rosak pulak ayam dan daging tu kalau tunggu sampai malam. Jadi kami tunggu kawasan BBQ tu redup sikit. Dah redup aje terus anak-anak buah yang bujang hidupkan bara.

Alhamdulillah.. BBQ kami pada malam itu. Nyum.. Nyummmm

Anak-anak bujang yang rajin.

Emak yang rajin. Hahaha.. Sila jangan percaya. 
Kakak ipar dah sediakan semuanya. Carrot dengan kobis dan parut dari rumah. Tinggal nak campur dengan mayo aje. Whipped potato pun bawa dari rumah. Kakak ipar beli yang instant jenama bestari. Siap dengan gravynya sekali. Rasanya sedap juga. Semua kakak ipar dan anak buah yang buat.
 Aku cuma potong epal hijau untuk buat fruit salad. Lepas tu join membakar pulak. Seronok main bakar-bakar ni. Mata masuk asap aje yang tak best he..he..

Sambil bakar sambil kita makan. Gilir-gilir take turn.  

Bersungguh ada orang tu makan kan hahaha.. 
(Baik aku cakap sendiri. Kalau orang lain cakap kang nanti sentap pulak hehe..).
Orang kata kalau nak nampak kurus pakai baju warna gelap.
Takde maknanya.. kalau dah gemmsss tu gemmsslah jugak huhu..
Bilalah nak kurus kalau makan pun bersungguh macam tu kan. Aduhaiiii.

Sambil-sambil membakar dan makan-makan tu owner chalet ada sediakan game memanah. Menarik juga. Adalah aktiviti untuk mengisi masa.

Ada yang berbakat. 
Ada yang terlebih bakat sampaikan arrow termasuk ke kebun sebelah he..he..  

Owner chalet sedang memberi tunjuk ajar. Acara memanah ni sebenarnya di charge RM10. Tapi hari tu acara memanah complimentary dari owner chalet. Alhamdulillah.. Terima kasih En. Wan. Semoga bisnes chalet terus success.. 
In shaa ALLAH.. Seronok tengok orang kita berjaya kan.

 Anak buah aku Irfan dan Fareez antara yang cemerlang.

Yang ni cemerlang memanah hatiku ecececeh he..he..  

Yang kecil pun nak memanah juga. Alang-alang owner chalet dah bagi peluang. Kita gunakanlah peluang tu sebaiknya.  

 Try jangan tak try.

 Emak aku pun tak lepaskan peluang untuk memanah.

Giliran MIL pula tunjuk bakat. 

Lepas memanah, kami sambung aktiviti makan-makan dan membakar. Alhamdulillah.. waktu maghrib tu dah settle dah membakar semuanya. Lepas solat jamak maghrib dan isyak sambung makan-makan lagi. Anak-anak sambung mandi kolam.

Seronok korang main air kan. 
Terima kasih ibu booking tempat yang best ni untuk kami semua.
Semoga terus murah rezeki ibu sekeluarga.. in shaa ALLAH.

Kita pause mandi kejap sebab nak celebrate birthday nenek munah.
Happy Birthday Emak. Birthday emak pada 4 Februari. 
Alhamdulillah.. MIL masih sihat. Semoga emak terus diberikan kesihatan yang baik, memperolehi keberkatan umur dan kebahagiaan yang berpanjangan di dunia dan di akhirat.. in shaa ALLAH.
Az dan Firhan pun join celebrate sekali sebab birthday bulan Februari.
Tengah lencun pun kita celebrate jugak he..he.. Apa ada hal.

Dah potong kek kita makan kek pulak. Sedap kek tiramisu secret recipe. Anak-anak sambung mandi lagi lepas tu. Yang lain duduk borak-borak sambil main game teka lagu he..he.. Saja nak isi masa buat seronok-seronok. Dah settle semua kita kemas tempat makan. Anak-anak dara pulak ambil turn mandi kolam. Malam tu banyak bintang bertaburan. Subhanallah.. Sangat cantik. Dah lama dah rasanya tak dapat tengok bintang yang banyak-banyak macam tu kat langit. Masya ALLAH.. indahnya. Thank you ALLAH. 

Bangun pagi tu aku dengan en.asben keluar pergi cari sarapan. Sepatutnya boleh ada sarapan delivery. Tapi pagi tu restoran tu tutup pulak. Hmm.. takde rezeki. Padahal sebelum tu masing-masing dah set nak makan apa base on menu yang ada dalam bilik huhu.. Kami keluar ke pantai puteri. Dalam 5 minit aje dari chalet. Tapi pagi tu ada pesta memancing. Sepanjang pantai tu orang memancing. Nak singgah membli makanan pun susah sebab takde tempat nak parking. Sudahnya singgah beli roti canai kat Warung Che Ta. Lama pulak nak tunggu roti canai siap. Iyalah orang pun ramai. Tunggu jugalah dalam rasa sabar tak sabar he..he.. Singgah beli nasi lemak kat gerai selepas tu cuma dapat beli 6 bungkus nasi lemak aje. Itu aje yang tinggal. Jadilah.. itu rezeki kami untuk sarapan pagi tu. Lepas sarapan anak-anak sambung mandi lagi. Dalam pukul 11 kami packing barang untuk balik.

Sebelum balik kita bergambar ramai-ramai dulu.

Ini kat area depan chalet. Berteduh di bawah pokok yang merendang. 

Bergambar depan pool dan depan bilik pulak. 


Cantik kan tempatnya? Alhamdulillah.. kami puas hati.
Kalau nak booking boleh pergi ke FB Laman Darwisyah Chalet.
Harga bilik Family untuk weekend RM 150 (1 Queen 1 Single)
Harga bilik biasa weekend RM 130 (1 Queen)
Setiap bilik ada cerek air panas dan ada ruang untuk bentang toto.
Towel juga disediakan. Bilik dan bilik air bersih.

Sebelum balik kami jalan-jalan ke Klebang nak cari coconut shake. Nak singgah makan banyak pulak kedai asam pedas yang tutup huhu. So kami berpatah balik arah ke Sungai Udang. Pun tak jumpa juga kedai makan. Sudahnya patah balik semula ke Ayer Keroh. Makan kat kedai asam pedas kat depan Mydin. Alhamdulillah.. sedap juga makan kat situ walaupun servisnya sangat lambat dan mengecewakan. Tapi rasanya boleh dipuji. Kami order asam pedas ikan jenahak. Baru aku tahu ikan jenahak tu RM45 sekilo. Ikan mahal kan sekarang. Tapi sedap ikannya. Makan ramai-ramai lagilah sedap. Alhamdulillah.. semua puas hati walaupun panas juga hati menunggu lama he..he.. 

Sebelum balik kami sekeluarga singgah melawat makcik aku yang tak berapa sihat di Ayer Keroh dan nak tumpang solat sekali. Keluarga MIL terus bertolak balik. Alang-alang dah ada kat Melaka kita pergilah eratkan silaturrahim. Kami singgah sekejap aje. Tapi itupun keluarga makcik aku hidang macam-macam. Pakcik aku siap keluar pergi belikan kuih keria viral dan mangga shake viral. Alhamdulillah.. semoga keluarga Cik Yang dan Uncle Raymond terus diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah dan kebahagiaan yang berpanjangan di dunia dan di akhirat.. in shaa ALLAH.

Dengan itu berakhirlah kisah percutian 2 hari kami sekeluarga. Percutian singkat dan dekat. Namun ianya dapat membuatkan hubungan kekeluargaan jadi bertambah erat. Syukur. Terima kasih ALLAH.

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua. Fi amanillah.

Friday, January 5, 2018

Majlis Khatam Quran Putera Bongsu..

Assalamualaikum..

Selamat tahun baru 2018 untuk semua.

Aci tak nak tulis kisah di hujung tahun 2017 di awal tahun baru ni? Aci boleh ajelah ya hehe..

Pada 24 Dec 2017, emak mertua ada buat majlis khatam Al-Quran di rumah untuk kumpulan mengajinya di surau. Dah terlanjur nak buat majlis tu, MIL ajak Az untuk join sekali sebab cucu-cucunya yang lain semua  dah buat majlis khatam Quran. Tinggal Az seorang aje yang belum buat lagi.  Mulanya nak ajak sekali Firhan, anak buah aku untuk join sekali. Tapi pada tarikh tu Firhan ikut papanya bercuti ke Kedah. Jadi Az seorang ajelah. Sebab Az seorang dan dia pun nampak tak confident nak mengaji seorang aku pujuklah abang-abangnya Is dan Fareez untuk temankan. Mulanya memang dia orang taknak. Segan agaknya. Alhamdulillah.. lepas dah pujuk-pujuk tu dia orang setuju nak temankan. Jadi bertigalah mereka mengaji bersama join kumpulan mengaji MIL untuk khatam Al-Quran. Alhamdulillah.. Majlis berjalan lancar. Seronok dengar alunan ayat-ayat Al-Quran bergema di baca beramai-ramai. Semoga majlis mendapat berkat dari ALLAH.  

 Is memulakan bacaan dengan Surah Ad-Dhuha.


Waktu majlis Khatam Quran Is pada tahun 2013.

Dulu, bukan main tembam lagi is. Sekarang dah kurus.
Khatam sekali dengan Ian dan Aqilah. Waktu ni semuanya baru habis UPSR. Alhamdulillah.. tiga-tiga orang dapat 5A. Tahun ni dah nak ambil SPM dah mereka. Semoga kesemuanya akan dapat keputusan yang cemerlang juga dalam SPM, menjadi anak-anak yang soleh  dan cemerlang dunia akhirat.. 
In shaa Allah.

 Az mengaji penuh confident bila abang-abang sudi menjadi peneman.

MIL kata, bagus bacaan Az. Sebelum ni waktu trial merangkak-rangkak juga bacaan dia sebab dah lama khatam Quran dengan mengaji berguru. Dekat rumah mengaji sendiri-sendiri aje. Dia pulak memang ada pelat sikit-sikit untuk sebut ALLAH dan beberapa huruf jawi yang lain. Tapi seminggu sebelum tu memang aku minta dia baca surah-surah untuk khatam tu setiap kali lepas solat fardhu. Pada waktu aku kerja Az akan mengaji dengan Is. Untuk bacaan selepas solat maghrib dia akan mengaji dengan aku. Bila dah banyak kali mengulang jadi lancarlah bacaannya. Dua hari sebelum tu pun waktu kat Dash Box mengaji tak boleh tinggal. Sebelum terjun kolam dia mengaji dulu. Alhamdulillah.. waktu hari khatam Quran bacaan Az dah semakin baik. Abang-abang pulak asyik tergagap sebab nervous mengaji depan ustazah dan nenek-nenek senior. 

Alhamdulillah.. Az dapat mengaji Quran dengan baik.

Oh.. Bunga-bunga pahar tu emak mertua aku buat sendiri tau. Cantik kan? Beg goodies kat belakang tu pun cantik. Emak mertua memang kreatif. Jadi apa yang dibuat dan dipilih untuk gubahan semua nampak menarik. Gubahan bunga kat rumah pun buat sendiri. Semua cantik-cantik. Rumah MIL aku memang penuh bunga. Semuanya berlainan gubahannya. Aku suka sangat. 

Kumpulan mengaji dari Surau Al-Amin, Seksyen 8.

Kumpulan ni dari Surau kawasan perumahan aku. MIL mengaji kat situ. Jadi kenallah kebanyakan ahli kumpulan ni. Dulu waktu hari sabtu selalu juga join ikut kelas agama kat surau tu. Tapi bila-anak-anak dah ada aktiviti waktu hari sabtu dan hari sabtu juga nak uruskan emak dan anak-anak arwah adik aku kat rumah Kajang, jadi tak dapat nak join lagi. Nak pergi selang-selang aku sendiri yang segan. Sebab sibuk nak uruskan hal mengambil dan menghantar anak-anak. Kalau hari sabtu tu kadang-kadang en.asben pun mengajar kelas aikido. Jadi memang akulah kena uruskan semua tu. Eh.. panjang pulak perempuan ni punya alasan tak pergi kelas mengaji kan hehehe..

 Turn Fareez pulak mengaji.
Lepas Fareez semua ahli kumpulan akan mengaji surah seterusnya bersama-sama. Lepas tu ulang balik turn dari Is.

Alhamdulillah.. Khatam Quran selesai. 
Gambar beramai-ramai buat kenangan. 
Terima kasih Nenek Munah dan Kumpulan Mengaji Surau Al-Amin.

Mama mana mama? Hehehe.. Mama tengah sibuk atur-atur makanan kat luar sebelum orang keluar makan. Makanan untuk hari tu emak mertua tempah dari caterer. Nasi bariani, ayam goreng berempah dan dalca. MIL top up yang masak sendiri dengan daging masak hitam, fruit and veggie salad, spagatthi bolognese, pulut kuning dan kuih-muih. Kuih muih banyak. Yang disediakan dah sedia banyak, yang orang bawa pun banyak juga sampai tak muat meja. Alhamdulillah.

Candy Buffet pun ada juga.
Cup cake semua home made. Tapi bukan made by me lah hahaha..
Ada carrot cheese, red velvet dan coklat kek. Semua MIL, kakak ipar dan anak buah yang buat. Pulut kuning dan serunding tu sedap sangat.
Ada mashmallow, gula-gula dan lolipop juga untuk budak-budak.

Happy birthday Kak Mona and Raudah.
Birthday Kak Mona 21 Dec. Jadi kita celebrate birthday kakak ipar sekali. Cantik, slim dan awet muda aje Mak Long. Anak sepupu pun join sekali sebab birthdaynya pun tarikh dekat-dekat.

Petang hari sebelum tu, kakak ipar dan anak-anak buah gigih decorate candy buffet ni. Buat simple-simple pun dah menarik.

Majlis bermula awal. Pukul 10 pagi dah mula majlis khatam Quran. Jadi by 11 lebih tu dah selesai. Sementara nak tunggu katerer hantar makanan para tetamu di jemput makan hidangan ringan dulu (spagetti, pulut kuning dan kuih muih). By the time makanan sampai tetamu pun dah kenyang. Jadi kami bungkuskan nasi dan lauk untuk kumpulan dari surau. Dalam pukul 12 orang lelaki di taman MIL pula datang untuk bacaan doa selamat. Buat kat bawah khemah di luar saja. 

Acara bacaan doa selamat.

Me and my SIL.
Mama dan Ibu pun nak posing dengan prop sebelum mengemas petang tu.

Alhamdulillah.. Majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada keluarga mertua untuk majlis khatam Quran ni. Terima kasih juga buat semua tetamu yang hadir. Seronok dapat berkumpul ramai-ramai macam ni. Ada rezeki kita kumpul-kumpul lagi. Semoga majlis tersebut diberkati ALLAH.

Salam hormat untuk semua. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH sentiasa ada untuk kita semua.. In shaa ALLAH.

Wednesday, December 27, 2017

Percutian ke Dash Box Hotel, Cyberjaya

Assalamulaikum..


Alhamdulillah.. minggu lepas aku dan en.asben ambil cuti dua hari. Hari khamis dan jumaat. Saja nak cuti-cuti hujung tahun. Sambil-sambil tu boleh bawa anak-anak bercuti juga. Konsep cuti-cuti kita waktu cuti sekolah hujung tahun  ni ialah cuti dekat-dekat aje. Minggu sebelum dah ke Lumut. Minggu ini kita bercuti lebih dekat lagi. Kita ke Cyberjaya sudah he..he.. Dari rumah cumalah 20 minit. Dari kolej Han cuma 10 minit aje. Jadi Han pun boleh join sekaki lepas habis kelas. En.Asben pun sekarang ni tak berapa tahan nak tempuh jalan jem waktu bercuti. PD pun dia dah malas nak pergi. Bila dah tahu macam tu aku pun booking aje hotel yang dekat-dekat dengan rumah. Janji tidur hotel dan hotel ada pool dah kira bercutilah tu untuk anak-anak aku. Kat tepi rumah pun tak kisah he..he.. 

Pagi khamis tu, keluar pergi beli buku sekolah anak siap-siap. Apa-apa hal pun, bajet barangan sekolah tak boleh terpakai. Jadi sebelum terpakai baiklah kita settlekan dulu. Alhamdulillah.. hari khamis tu settlelah membeli buku sekolah anak-anak untuk 3 sekolah rendah dan 3 sekolah menengah. Terima kasih ALLAH atas rezeki yang dikurniakan. Alhamdulillah.. baju sekolah, kasut sekolah, beg sekolah dan yang lain awal-awal cuti lagi aku dah pergi beli. Tak mahu tunggu last minute. Dah settle beli buku sekolah semua, beg baju semua pun dah berkemas, jomlah kita pergi bercuti. Sebelum tu sempat singgah beli alat tulis kat D' Centrum. Terlanjur nak beli lunch, kita beli sekali alat tulis semua. Aku bila hujung-hujung tahun ni selagi barang sekolah anak tak settle, selagi tulah hati tak tenteram. Dah settle semua barulah hati rasa lega. Nak bercuti pun boleh cuti dengan aman. 

Pukul 2 petang lepas dah beli lunch untuk semua orang kami pun bertolak ke Cyberjaya. Dah bawa bekal nasi, membeli tetap jugak aku ni. Siap beli KFC untuk anak-anak, nasi kandar untuk emak dan nasi arab kambing untuk en.asben. Sampai Dash Box pukul 2 lebih. Dah kata dekat kan he..he.. Baca review kata nak check in ambil masa kat Dash Box dan waktu dapat kunci sangat lambat. Tapi waktu aku pergi tu check in cepat aje. Pukul 2 lebih tu dah terus dapat kunci bilik. Alhamdulillah.. Kami berpuas hati. Aku booking 2 bilik. Satu bilik depan pool. Satu lagi bilik kabin. Dua-dua kat tingkat bawah dan  tak jauh pun antara satu sama lain. Kira oklah tu. Bilik yang depan pool kecil aje. Ada satu katil super king yang muat-muat bilik, ada aircond, ada smart tv, ada fridge dan complimentary 3 air tin di dalamnya, air mineral, cerek letrik, rak baju, hair dryer dan iron dan iron board. Kat bilik ni nak bentang toto pun takde space. Tapi aku pernah baca ada family duduk 5 orang dalam tu. Aku tak pasti macam mana dia orang adjust tempat nak tidur. Tapi bagi aku bilik tu sangat sempit. (Sori.. aku tak ambil langsung gambar bilik).

Kat bilik kabin ada 2 katil single, ada aircond, ada rak dan ada minerel water. Itu aje. TV, cerek letrik semua takde. Toilet pun kecik. Tapi ada ruang untuk bentang toto. Itu aje kelebihannya berbanding bilik depan pool. Yang depan pool harga dia waktu aku booking RM 264. Bilik kabin RM 132. Aku booking hujung bulan november. Bila aku check balik lepas tu memang dah fully booked. Alhamdulillah.. aku sempat booking awal. Seronok juga stay kat situ. Biliknya cantik. Makan kat luar bilik sambil mengadap pool pun best. Tilam dan bantal kat bilik depan pool sangat empuk.  Katilnya besar dan kalau badan kecik-kecik muat aje nak tidur empat orang. Cuma kat kepala katil tu ada habuk macam dia orang dah lama tak lap. Kat bilik kabin, tilam dan bantalnya biasa-biasa aje. Kat kabin tu berbau kulapok sikit sebab dalam kontena kan. Jadi macam udara tersekat kat dalam tu. Sapu pun tak bersih siap ada tulang ayam kat lantai huhu.. Dalam bilik air kat belakang singki siap ada putung rokok dua tiga batang. Aku memang ada masalah sikit kalau menginap di hotel yang tak bersih ni. Sebab aku jadi tak lalu nak minum air kat dalam tu. Kat bilik kabin tu aku memang tak lalu nak minum air kat situ. Kat bilik depan pool aku takde masalah. Boleh aje makan minum kat situ.

Tarrraa... View dari bilik kami yang depan pool.
Masuk bilik terus laju-laju selak langsir dan buka sliding door. 

Bilik kami mengadap pool yang cetek. Paras buku lali aje airnya. 

 Mula-mula macam frust sikit sebab tak dapat bilik kat tempat kolam dalam. 
Tapi diakhirnya aku rasa bersyukur dapat bilik kat depan pool cetek tu. 
Sebab nak buka pintu slinding tu masih rasa selesa sebab orang tak ramai sangat depan tu. Jadi rasa privacy sikit dan tak terganggu. 
Ada hikmah dalam setiap perkara, kan? Terima kasih ALLAH.

 View dari atas katil. 
Seronok juga tengok aksi anak-anak kecil ni kat situ.
Selesa sebab orang tak melepak kat depan bilik kita. Kalau yang depan pool dalam memang kat depan-depan bilik tu orang melepak sebab ada kerusi rehat semua kat situ. 

Ramai yang melepak jaga anak kat sini. 
Kat belah kiri tu bilik garden view. Bilik yang belah atas tu mungkin lebih besar.
Tapi nak pergi pool kena keluar dari belakang. Takde direct access dari depan.

Pool dia menarik juga. Kedalamannya berperingkat-peringkat. Paling dalam pun paras bahu aku. Slide dia pun laju. Paling best boleh mandi kat pool ni sampai pukul 9 malam. Jadi malam-malam pun meriah aje kat sini. Sakan anak-anak aku mandi. Sampai-sampai tu, lepas makan aje anak-anak bujang aku mandi pool. Naik untuk solat asar. Lepas tu lepak-lepak atas katil sambil mengadap tv.  Seronok sebab boleh buka you tube kat smart tv tu. Layan anime lah anak-anak bujang aku. Petang lepas asar aku pulak mandi pool dengan Han. (Han habis kelas pukul 4 aku dengan en. asben terus pergi ambil dia). Dalam pukul 6 tu hujan pulak. Jadi kenalah naik. Malam tu lepas maghrib anak-anak sambung mandi lagi. Aku malas nak join dah. Tapi pagi-pagi esoknya aku berendam lagi dalam kolam dengan Is dan en.asben. Orang lain dah taknak mandi dah sebab dah puas mandi semalam. Puas mandi kolam kat sini. Eh.. seronoklah. Aku suka.

Malam tu semua malas nak keluar dinner. Jadi aku aje keluar dengan en.asben beli burger king. Tempat makan banyak kat sekitar tu. Shopping Complexs D'Pulse pun dekat aje. Jadi bab nak cari makanan tak susah kat situ. Kalau rajin nak ke Putrajaya/Dengkil pun cuma 10 minit aje. Jadi kalau tak bawa bekalan makanan, nak makan kat luar memang takde masalah. Dalam tu pun ada cafe. Tapi aku tak try pun. Pagi pun aku tak ambil breakfast kat situ. Aku dah siap-siap bawa maggie cup sorang satu. Sedap juga makan maggie cup sambil duduk mengadap kolam he..he..

Hirup udara pagi di tepi pool yang tenang. 
Kalau dapat bilik yang ni orang lepak-lepak kat depan bilik kita. 
So tak berapa syoklah.

Lepas subuh hari jumaat tu, ingat nak sambung tidur. Tapi aku keluar kejap nak ambil barang kat dalam kereta. Bila kat luar tu rasa damainya. Sunyi aje. Lepas tu sedap nak ambil nafas sebab banyak pokok-pokok kat situ. Terus cancel nak sambung tidur. Ajak en.asben jalan-jalan kat sekitar Dash Box tu. Tapi tempatnya pun kecik aje. Dalam 5 minit berjalan dah habis tour satu kawasan he..he.. Terus kacau orang lain tidur. Masak air terus nak makan maggie.

Kacau en.asben nak makan maggie kat tepi bilik mengadap kolam. 
Lepas makan aje aku dengan en.asben terus berendam kat dalam kolam.
Pukul 9 lebih keluar hantar Han balik kolej. Kelas dia pukul 10 pagi.

Emak nak bergambar dengan pokok depan pintu bilik buat kenangan.
Sebelum balik tu kami pun posing-posinglah kat Dash Box.

Setiap bilik ada parking sendiri. Boleh parking kereta betul-betul depan bilik. Nak bawa keluar dan bawa masuk barang pun senang. Aku suka.

Banyak tempat menarik untuk bergambar. 
Aku pilih bergambar di sebalik daun he..he..

Kat pintu masuk Dash Box. 
Bilik kami berdepan aje dengan pintu masuk ni. 
Itu yang gigih nak bergambar kat sini. Kawasan Dash Box ni pun tak berpagar.
Tapi malam-malam adalah guard yang jaga kat guard house depan pintu masuk.

Posing kat tangga untuk naik ke tingkat atas.
Bilik kami yang nombor 311 tu.

Mama dah. Paksa anak-anak pulak posing kat situ hahaha..

Posing dengan emak pulak. Wah! emak sedondon dengan daun he..he..

Ni kat area depan Lobi tempat check in dan check out.
Yang kat belakang patung hijau kat belakang tu area pool.

Ni kat Cafe dia. 


Kat cafe juga. Menarik kan deconya.

Minta anak-anak pose depan bilik pulak.

Tiga orang anak bujang mama.
Anak-anak arwah adik aku yang lain ikut papa dia orang cuti sekolah ni.
Jadi ini ajelah yang ada.


Pukul 11.30 kami dah check out. Sebab nak ambil Han kat Kolej. Dia habis kelas pukul 12. Kena keluar awal sikit sebab Han ajak makan kat Saba. Jadi lepas ambil Han kat Dengkil kena patah balik ke Cyberjaya. Nak kejar solat jumaat lagi. Kami sampai kat Saba pukul 12.20 macam tu. Orang ramai. Parking pun penuh. Parking kat basement dia pun penuh. Kena pusing dua tiga kali juga baru dapat parking. First time aku makan kat Saba tu. Han pernah makan kat situ. Itu yang dia mengajak. Hari jumaat tu ada buffet. RM15 aje seorang. Nasi arab, ayam haneeth, ayam mandy, ayam kabsah, spagetti, salad, kuah macam dalca tu, air dan buah. Pada aku murahlah. Puaslah juga makan dengan harga tu. Alhamdulillah.. sedap dan kenyang. Lepas makan terus pergi solat kat Masjid Fisabilillah, Cyberjaya. Sempatlah aku tidur dalam kereta sementara orang lelaki solat jumaat. Dah selesai solat jumaat, beli aiskirim, beli goreng pisang semua kami pun balik Bangi. Maka berakhirlah percutian kami di Dash Box Cyberjaya. Terima kasih ALLAH.

Salam hormat untuk semua. In shaa ALLAH.. Semoga rahmat dan kasih sayang ALLAH akan sentiasa ada untuk kita semua. Fi Amanillah.